readers saya;

Thursday, May 16, 2013

Magis dari Tuhan

Dari alis hingga dagu
Sempurna

Dari suara hingga laku
Penuh warna

Bait bait indah tak mampu ku gambarkan
Agung magis dari Tuhan

Doa dari jauh
Agar magisnya terus sempurna mewarna
Hingga hujung nyawa


*Special for Mr.Comot,Malid Aziz.

Sunday, May 12, 2013

Sesi photoshoot

Hari ni aku diminta mar dan hawa untuk shoot diorang punya 'pre-convo'. Banyak tempat shoot. Aku ni tak la terer pun nak shoot. Just basic boleh la. Tapi aku puas hati dengan shoot kali ni. Bergabung hasil Nikon dan Canon. Bereh boh. Cung melecung. Haha. Nanti esok lusa aku hapdek hasil shoot aku yang tak seberapa dan tak pro. Haha

Adiosss.

Friday, May 03, 2013

Aku bakal jenazah

Aku bakal jenazah
dengan bangganya

bangga ini hanya dengan ucapan
getaran hati
aku dan Tuhan mengetahui

Ramadhan bakal menjelma lagi
Mohon dengan rendah diri
Semoga sahaja aku
dapat mencium harumnya Ramadhan
jika benar maut sudah hampir

Ya ALLAH
izinkan aku menjadi tamak mengutip ilmuMu
izinkan aku mencium lama disujudMu
izinkan airmata aku mengalir untuk dosa kepada undang-undangMu
izinkan aku menyental karat dosa ini
izinkan aku ya Tuhan
sebelum aku ditabalkan
sebagai bakal jenazah

:'(

kisah jemari

jemari berlumba-lumba di litar
tanpa peluh menitik
tanpa suara mengeluh
pantas berlari

tiada garisan penamat di litar
cuma trek yang mewakili huruf
berlari demi kehendak
tak langsung menolak

andai jemari mampu bicara
"rehatkan aku"
namun dunia kejam
jemari perlu berlari

besi tidak lagi menjadi pilihan
jemari mengikut rentak
berlari di atas trek huruf
atau padang sesentuh mungkin

jemari
aku perlu menyiksamu lagi malam ini
hingga pagi



Thursday, May 02, 2013

Suara

"suara kau dah menghantui hari -hari aku"
cuma
malam ini kau menghilang
aku tak mampu membendung rindu
aku ulang beribu kali suara kau
malu untuk aku katakan
aku jatuh hati pada suaramu
cuma
malam ini kau menghilang
tak mengapa
aku tunggu.


*kemengarutan mula merajai malam ni.so better tidur.Adios.

Tuesday, April 30, 2013

Aku tak ada H.A.T.I

Aku tak la seorang gadis yang sombong,cuma aku sekarang lebih sayang life aku. Aku malas nak fikir hidup berdua,maksud aku couple la. Aku lebih suka kalau someone yang betul-betul nak kat aku,direct contact wali aku. Setahun lebih aku memilih untuk hidup begini. Cukup la dengan pengalaman-pengalaman hidup sebelum ni. Bukan serik. Tapi aku nak baiki hidup aku yang sebenarnya tunggang langgang,atau yang lebih utamanya,hal agama. Kadang-kadang kita lebih utamakan cinta manusia dari cinta Tuhan. Tuhan jaga kita 24/7,tapi kita wat dono je . Kita lebih terkejar manusia yang kadang-kadang je pedulikan kita. Hmm. Mungkin ada orang kata, 'alah,dia ni mungkin frust sangat kot,sebab tu taknak couple'. Sahabat,saya tak frust dan sedetik pun tak pernah terlintas cemburu bila ternampak orang lain berpasangan. Hal yang membuatkan aku cemburu ialah bila pasangan itu halal/suami isteri. Bersuapan-suapan,berpegangan tangan,memanggil panggilan manja. Itu manis. Berpahala lagi.

Ada juga perkara yang membuatkan aku jauh hati dengan lelaki. Ada lelaki yang memahami hukum 'tunang'. Tetapi mempermainkan perasaan perempuan dengan hukum tu. Nak hari ni,esok lepas. Aku tak faham. Apa yang mereka nak. Apa yang mereka cari. Aku cakap camtu sebab aku kena. Kena bukan sekali,banyak. So lepas dari beberapa peristiwa, hati aku jadi keras. Susah untuk menerima lelaki sebagai 'special'. Sebagai sahabat/teman itu takpe. Tapi untuk lebih, sorry. Aku takde hati.

Untuk mereka yang pernah lalu, aku doakan yang terbaik. Jauh sekali berdendam. Kalian guru hidup aku. 

Aku sekarang mencari cara dan berusaha untuk mencintai ILAHI. Aku mencari syurga.